+ news | books + order | aurora | him + words  | club | misc | about | forum | olai tannon
 


19 Januari 2007
:: GAMBAR PERJUMPAAN AURORANS

Alhamdulillah ter'upload' jua gambar-gambar di perjumpaan hari ahad lalu...

Sila lah lihat di > http://elaira.fotopages.com

~~@~~

:: PERJUMPAAN MAAL HIJRAH ADN

Bagi membincangkan hasrat Abg Pat untuk menubuhkan kelab, maka satu perjumpaan akan diadakan esok. Butir perjumpaan adalah seperti berikut:

Tempat: Bangi, Perhentian Bas Kajang
Tarikh: 20hb Januari 2007
Masa: 11.00pagi

Antara yang dijangka hadir:

- elaira
- silence
- panjialam
- fajar
- raja gelap
- asri
- esis
- azreyzal
- kliwonwagiman
- sempoii
- zulela
- monasakti
- morrok
- kirrotamagrak

bergantung kepada keadaan:

- epong
- rozaili

Sebarang pertanyaan, emel saya elaira4ever@yahoo.com

---------------------------------------------------------------------------------------

16 Januari 2007
:: LAPORAN PERJUMPAAN TAHUN BARU ADN

Dengan segala hormatnya elaira.net membawakan laporan perjumpaan tempoh hari. Layari [ laporannya ].

Juataan terima kasih diucapkan kepada semua Aurorans yang sudi hadir. Tak berapa ramai ahli dari kerajaan Morrok nampaknya, mungkin faktor banjir di Sungai Minoas menjadi alasan utama. Selain dari Srikandi Morrok si Sempoii yang berada di luar negara menjalankan misi memenuhi hasrat Srikandi Aurora... kekekeke... peace Poii... peace...

Antara yang sudi hadir, senarai menurut waktu ketibaan;

- Monasakti
- Azamin
- Elaira
- Panjialam
- Epong
- Jundak
- Silence + wife + Balkis + Badli
- Fajar
- Orzaily + wife + Nasem
- Asri
- Noor Azita + suami (abg pat mesti ingat nama dia) + baby Nureen + Izan

Meriah rumah Abg Pat sampai petang. Kesian jugak dengan diorang mesti penat layan Aurorans yang bising ni. Tapi suara Abg Pat lah yang paling kuat sekali kan... kan... kan...? Dan dia juga yang paling banyak bercerita... erk dan estro seperti biasa.

Azita menyertai pertemuan buat pertama kali. Kali pertama juga aku bertemu dia, setelah mungkin setahun berkenalan di YM sahaja. Panjang cerita Abg Pat dengan dia.

Yang paling lucu si Azreyzal yang tiba awal tetapi tak singgah pun. Lain kali redah je Azreyzal, bagi salam dan tanya, tukang kebun tu tak garang. :D

Terima kasih sekali lagi untuk semua yang sudi hadir dan meriahkan perjumpaan kali ini. Lain kali kita jejumpa lagi ok.

InsyaAllah akan dibawakan pula galeri gambar dalam sedikit masa lagi...

---------------------------------------------------------------------------------------

4 Januari 2007
::
PERJUMPAAN TAHUN BARU ARTAKUS DOT NET

Tarikh    : 14hb Januari, 2007 (Ahad)
Tempat  : Istana Sultan Aurora,
                946 Jalan Levender Heights 27/1,
                Taman Lavender Heights 70400 Seremban.
Masa      : 10 pagi 5 petang

Selamat tahun baru 2007 diucapkan buat semua Aurorans. Semoga tahun yang satu lagi ini lebih membawa keberkatan dalam kehidupan kita semua.

Satu perjumpaan akan diadakan di rumah Abg Pat pada 14hb Januari bersamaan hari Ahad, di Lavender Heights Seremban dan alamatnya adalah seperti yang di atas.

Kepada yang ingin berkomuter dari KL ke Seremban sila hubungi saya di emel elaira4ever@yahoo.com dengan subjek Berkomuter ke Istana Aurora, heh heh heh... senang nak bezakan dari emel-emel spam yang banyak tu. Dua orang Srikandi Aurora akan mengiringi anda ke Istana Aurora kelak.

Kepada Sezwan, ChadGahan, Arrow107, Azreyzal yang sudah kembali ke dunia Aurora jangan lepaskan peluang bersembang-santai-seperti-bukan-urusan-perniagaan-sesiapa bersama Abang Pat sendiri.

Seperti biasa sila ke OLAI TANNON untuk makluman dan sembang-sembang terkini.

Jumpa anda semua di sana!

---------------------------------------------------------------------------------------

September 2006
:: Pengumuman Mutakhir tentang Buku ke-8

Tempahan untuk buku ke 8 masih dibuka, tetapi di sini saya bagi pihak ADN dan Abang Pat sendiri ingin membuat beberapa penjelasan terutama kepada Aurorans yang telah membuat tempahan berbayar.

Bahawa buku ke 8 yang sangat-sangat kita dambakan ini terpaksa ditunda tarikh siapnya ke satu masa yang hanya Tuhan mengetahui. Setelah beberapa pertemuan dan perbincangan, kami memahami kesukaran Abang Pat untuk meneruskan penulisannya. Ilham datang atas anugerah Allah, dan matlamat penulisannya adalah yang terbaik dari segala aspek. Kalian sendiri tahu bukan, untuk menulis satu buku sebaik Legenda Numerius bukannya mudah. Bacalah melebihi tiga kali, insyaAllah kalian akan memahami apa yang aku maksudkan. Bahawa ilmu yang cuba disampaikannya itu tergarap kemas disebalik jalan penceritaan. Dan apabila kita memahami, maka dunia pun akan bertambah indahnya, alam pun akan bertambah serinya, dan Tuhan pun semakin mendekati jiwa.

Sekiranya ada diantara kalian yang telah membuat tempahan berbayar sebelum ini dan merasakan kepedihan menunggu tanpa kepastian, maka dengan rasa rendah diri saya menawarkan untuk menguruskan pemulangan bayaran tersebut. Seterusnya membeli buku tersebut apabila ianya telah siap untuk dijual kelak. Tetapi untuk yang tetap setia dan berteguh memberi semangat dan sabar menanti kelahiran buku ke 8 ini, maka aku dengan sebesar-besar hati mengucapkan ribuan terima kasih, kerana sudi bersama dalam sukar dan kepayahan.

Kerana itu juga bagi yang berkemampuan saya suka mengajak akan pertemuan, kerana segala yang kelabu dapat kita cerahkan.

InsyaAllah pihak ADN akan sekali lagi mengatur pertemuan selepas Hari Raya sekali gus menjadikan sambutan tahunan Majlis Hari Raya ADN. Walau bagaimana pun tarikhnya belum ditetapkan. Diharapkan kali ini akan mendapat penyertaan semua, terutama yang jarang sekali berkesempatan untuk menyertai pertemuan-pertemua kecil yang sering diadakan.

Sila lah terus bersama dengan ADN untuk makluman terkini dari masa ke semada atau rujuk Olai Tannon yang sentiada bugar dengan berita terkini.

Terima kasih atas sokongan dan dorongan, insyaAllah kita adalah diantara barisan yang menuju kejayaan.

---------------------------------------------------------------------------------------

Buku ke-8 Siri Saga Artakusiad

Ya, buku ke-8 bakal terbit! Walau bagaimanapun, pihak kami difahamkan bahawa buku ke-8 ini adalah terhad cetakannya, iaitu hanya 200 naskah sahaja. Ia bakal setebal 700 mukasurat dan berharga RM80. Harga ini adalah termasuk harga pos.

Cara tempahan & bayaran:

Saya hanya mempunyai akaun Bumiputera Commerce (BCB) sahaja. Jika anda ingin membuat tempahan yang sah:

  1. Sila masukkan bayaran ke akaun saya yang bernombor 1418-0057690-523 MASLIZA ALIAS.
  2. Scan slip transaksi bank anda, dan emel kepada saya di elaira4ever@yahoo.com dengan Subject: BAYARAN BUKU KE-8, supaya mudah saya membuat semakkan kelak.
  • Sekiranya anda menggunakan transaksi secara on-line, sila screen-capture dan emel kepada saya.
  • Sekiranya menggunakan mesen untuk pindahan akaun, sila scan slip dan emel kepada saya.
  • Sekiranya anda tidak mempunyai kemudah untuk scan, sila fotokopi dan pos kan kepada:

Masliza Alias
E-3A-16, Blok Suria,
Tasik Height Apartment,
Jalan Liku 6,
Bandar Tasik Selatan,
57000 Kuala Lumpur.

Sila tuliskan nama anda dan nombor telefon dengan jelas. Sila hubungi saya jika masih terdapat sebarang kesulitan.

Terima kasih.

Salam Sehijau Aurora
ElairaSelamanya

---------------------------------------------------------------------------------------

   



Arkus!

"Ini adalah hadiah dari Arasis. Namanya Arkus. Pedang ini akan menerangi jalanmu di medan perang dan di waktu kegelapan..."
- Permata Aurorius, 47.

[+] Read here: Kronologi pembentukan laman web artakus.net.my (compiled by elaira).

[+] Kata pengantar daripada webmaster(s) artakus.net.

[+] Ada apa dengan Saga Artakusiad? Buat mereka yang ingin mengetahui tentang siri fantasi ini, anda boleh dapatkan secebis info tentangnya dengan membaca sinopsis siri ini secara umum (x).

>> archives:
oktober-06
july-06
mac-06
julai-05,

oktober-04
end-03,
ogos, julai

   
 
 

------------------------------------
Powered by:
elaira.net
@ MERCUMAYA.NET
------------------------------------

 
 
© Saga Artakusiad™. 2003
Hak cipta terpelihara. Sebarang ciplakan adalah dilarang.