+ menu: aurora | karektor + makhluk + puak + tempat + mistik | olai tannon
 


Armorikus
Puak yang berasal dari Lembah Takayan. Puak yang paling mempercayai dan dipercayai Artakus. Di sinilah satira Saga Artakusiad bermula. Artakus yang tercedera dirawat oleh Nazril, seorang karman. Di sini juga Artakus menemui Laira, gadis Aurora yang terpahat kukuh di hatinya. Artakus mengenali rakan-rakan rapatnya di sini; Adonis, Hansis, Esis dan Hortas. Puak Armorikus diketuai oleh Atinius dan seluruh ahli puak menunjukkan kesetiaan yang tidak berbelah-bahagi kepada Artakus sejak dari mula.


Jegadai
Darumir, ketua puak Jegadai pernah mempertikai kebenaran Artakus yang diakui puak Armorikus kerana kehadiran Artakus kedua. Artakus Armorikus, walau bagaimanapun berjaya menumpaskan Artakus kedua itu di Olai Tannon, di mana Hojainan, satu perhimpunan tradisi kaum Aurora diadakan. Artakus kedua itu sebenarnya makhluk kegelapan yang dicipta Herakos untuk menghalang penyatuan puak-puak Aurora. Walaupun maruah Darumir sedikit tercalar akibat perkara ini, kebijaksanaan Artakus telah berjaya memenangi kepercayannya.


Inkatus
Puak ini tidak begitu mempercayai ramalan-ramalan yang terdapat di dalam Kitab Id. Mereka lebih percaya kepada keupayaan wang dalam merealisasikan cita-cita mereka. Puak ini pernah mengalami perebutan kuasa, dan jawatan ketua puak sering berpindah tangan dengan cara kekerasan. Pada masa ini, puak Inkatus dipimpin oleh Jeenusix.


Argida
Dahulunya merupakan sekutu Armorikus, tetapi sejak kejatuhan Kolossus ke tangan Morrok, mereka telah berpecah. Puak Argida menyalahkan puak Armorikus di atas kekalahan di Kolossus. Seorang pengkhianat dari puak Armorikus telah membocorkan rahsia pertahanan kubu kepada Morrok. Ketua puak Argida pada ketika itu telah bersumpah bahawa mereka tidak akan melupakan dendam terhadap Armorikus selagi puak Armorikus tidak menawan kembali benteng Kolossus dan membalas kekalahan mereka di tangan Morrok.

Iotan, selaku ketua puak Argida pada ketika ini, telah melakukan upacara pematahan pedang untuk menyambung kembali ikatan persahabatan tersebut namun memerlukan masa untuk melafazkan kesetiaan kepada Artakus.

Jendai
Kaum yang telah dimusnahkan oleh Morrok di timur Aurora

Morrok
Kaum dari barat yang kejam, hamba kepada Herakos. Morrok bermaksud penakluk.

Contributed by: farah chasez kent

 
 
 
© Saga Artakusiad™. 2003
Hak cipta terpelihara. Sebarang ciplakan adalah dilarang.