+ menu: aurora | karektor + makhluk + puak + tempat + mistik | olai tannon
 


Teka-teki

Alah batu keras di atas
Alah sutera lembut di bawah
Alah angin laju di atas
alah semut perlahan di bawah

Permata Aurorius, 1:169

Jawapan: Sungai Urkai
Soalan Orrok (penunggu paya) kepada Artakus dan Adonis semasa melintasi Paya Tozor.

Tidak pernah kurang, tidak pernah lebih
tidak pernah berpisah
Tidak pernah bertemu.

Permata Aurorius, 1:170

Jawapan: Siang dan malam. Soalan Adonis kepada Orrok.

Ia mengambil tidak pernah memberi
Datangnya tidak dijemput
Perginya tidak dihalau
Bertemu dengan segala yang bernyawa
Berpisah dengan segala yang tidak.

Permata Aurorius, 1:170

Jawapan: Maut. Soalan Orrok kepada Artakus dan Adonis.

Wajahnya seputih bulan
tetapi ia di tanah, bukan di langit
serinya seperti matahari
tetapi ia di tanah bukan di langit
kurus tubuhnya dan lebar tangannya
hijau warnanya.

Permata Aurorius, 1:173

Jawapan: Bunga Arianur. Soalan Artakus yang gagal dijawap oleh Orro, justeru membebaskan mereka dari kepungan kabus paya Tozor dan cengkaman Orror.

Mistik Aurora

Arkus
Sewaktu Artakus menyentuh hulunya buat kali pertama, dia dapat merasakan keanehan Arkus, besinya bukan seperti kebiasaan besi, Artakus dapat merasakan kehangatannya, seperti gugusan kuasa tersimpan di dalamnya.
Permata Aurorius, 1: 47

Sebilah pedang hadiah dari Arasis, ianya panjang dan meruncing ke hujungnya. Pemberian Merkia kepada Artakus.

Permata Aurorius
Kunci yang boleh membuka pintu alam.
Permata Aurorius, 1:155

Lok Sabkar
Sebilah pedang yang dianugerahkan oleh Herakos kepada Jundak dari Osria. Pedang gelap yang dicipta dari kegelapan.

Unzalia
Sejenis hasil seni ukiran kayu Aurora yang boleh menyampaikan mesej tertentu.

Ilia
Kuda tunggangan Artakus. Kuda putih yang lahir dari kuda hitam sebelum kedatangan Artakus ke Aurora (antara tanda-tanda kemunculan Artakus).

Perisai Jatana & Topi Perang Hadan
Kelengkapan perang yang telah diadun dengan sihir.

Bunga-bunga Aurora

Irionel
Bunga ini tumbuh di lantai hutan, bentuknya kecil dan berwarna kuning garang
Permata Aurorius, 1:85

Taryusis
Bunga yang berwarna merah, mendapat nama dari seorang pendekar Aurora yang terkenal, Taryusis Tarera. Darahnya tumpah dan mewarnai sekuntum bunga setelah tewas dalam pertempuran dengan gergasi dari Yurvai yang mengamuk di Aurora.
Permata Aurorius,1:85

Arianur
Berwarna putih dan wangi, menyerupai bunga mawar dengan pinggir kelopaknya diwarnai biru lembut. Namanya bersempena nama seorang pemuda yang sangat setia kepada kekasihnya dan bertukar menjadi bunga apabila dia tua. Ia lambang perasaan sayang.
Permata Aurorius,1:86

Bunga Zadin
Dikenali sebagai bunga salji oleh orang-orang Aurora. Digunakan dalam perubatan dan sebagai bahan bersihir.
Petua Azkram

Contributed by: elaira

 
 
 
© Saga Artakusiad™. 2003
Hak cipta terpelihara. Sebarang ciplakan adalah dilarang.