+ menu: aurora | karektor + makhluk + puak + tempat + mistik | olai tannon
 


Karum
Seekor naga merah di pergununggan Nakassos. Memusuhi naga hitam sejak permulaan dunia lagi.

Hunkrakar
Seekor naga hitam yang menjaga pintu masuk Pulau Urul.

Babusyka
Watak seekor jin yang setia. Sebenarnya babusyka adalah seekor jembalang Yarrak suruhan Herakos yang mejelma sebagai jin dan mendapat bentuan dari sihir malam. Nama sebenar alkarambakalamatoozababusyka.

Yarrak
Seekor jembalang yang menyamar sebagai babusyka.

Fasdan
Pembantu Azkram yang setia dan seekor jin. Kulitnya berwarna biru, bermata merah, berambut panjang ditocang ke belakang dan memakai kaca mata.

Kirrotammagrak
Raja segala jin. Membuat pakatan dengan ketua jembalang, Ombror, untuk memerangi kaum Aurora.

Ombror
Raja segala jembalang. membuat pakatan dengan Morrok dan Herakos untuk memerangi Aurora.

Orta
Jembalang yang menjaga Erta

Hunggar
Dikenali juga sebagai dazoka. Patung gangsa yang menjaga menara Yisyrak Hijau (Onggrok) di pelabuhan Sarrium.

Arasis
Panggilan kaum Aurora terhadap Matahari.

Osria
Panggilan kaum Aurora terhadap Bulan.

Isytarrok
Sejenis makhluk hitam berselubung dan berkudu menjadi hamba kepada raja Morrok. Makhluk terhasil pada setiap kematian raja Morrok. Boleh digelarkan "hantu" raja-raja Morrok yang telah mati.

Kazakukai
Manusia lelaki yg lengkap berpakaian perang. Menunggang Tankrawa.

Tankrawa
Sejenis makhluk kelawar di bawah kuasa godorojo. 'Artakus' yang gagal menyelesaikan teka-teki Tiarra akan ditukar menjadi tankrawa.

Yisykrak
Ahli sihir Morrok. Sihirnya berasaskan kepekatan kegelapan malam.

Karman
Ahli sihir Aurora. Sihirnya berasaskan Cahaya dan kuasa cahaya/siang.

Dazoka
Sejenis makhluk berupa manusia (cuma telinganya berbentuk seperti daun yang tirus). Biasanya tidak mempunyai rambut. Mempunyai tubuh yang pendek tetapi tegap dan memiliki kekuatan yg handal.

Contributed by: saiful, fahmie, masdalifadzlie, unsung hero

 
 
 
© Saga Artakusiad™. 2003
Hak cipta terpelihara. Sebarang ciplakan adalah dilarang.