+ news | books | aurora | him + words| club | misc | about | forum | olai tannon
 



11-08-03:
Perjuangan Artakus

Salam buat Aurorans,

Mungkin ramai yang resah melihatkan laman ini jarang berganti. Dengan kata lain, susah untuk update. Apa lagi alasan yang mampu saya beri selain dari kesibukan dengan tugas harian? Tidak dinafikan, banyak perkara yang ingin dikongsi bersama dengan Auroran semua. Namun, atas desakan tugas, saya terpaksa mendahulukan yang utama. Tapi, saya sering berkunjung ke 'Olai Tannon', bersama-sama menikmati kemeriahan yang tersedia, di samping forum yang sering membuat saya tersenyum.

Saya harap, anda tidak kecewa mahupun bosan. Kami akan cuba dengan terbaik untuk memberi berita terkini- walaupun lambat untuk dipaparkan di artakus.net. Tapi, sekiranya anda sentiasa mengikuti perkembangan di buku tamu, pasti ada sahaja cerita yang menarik.

Semoga anda terus setia bersama artakus.net. Dan terima kasih, kerana sama-sama sudi untuk menggembirakan dunia Aurora.

Salam hormat,

----------------------------------------------------------------------------------------

Artakus

Ini adalah gambar Artakus dari persepsi Abang Pat. Ok, memang handsome dan macho. Buat masa ini, biarlah anda berteka teki, siapakah dia yang sebenarnya. Anda nak tahu, saya menghabiskan masa yang agak lama untuk merenung dan menafsir rahsia di sebalik wajah 'Artakus' yang Abang Pat maksudkan ini. Hmmm...

click for bigger image!

----------------------------------------------------------------------------------------

Jundak?

Ramai yang mengimaginasikan wajah dan karektor Jundak. Tapi, secara peribadi, wajah dan karektor Jundak adalah seperti watak Tarabas, seperti gambar-gambar di bawah. Apa pula pendapat anda?

Oh ya, Tarabas merupakan satu watak 'evil' dalam siri fantasi yang pernah disiarkan di televisyen suatu ketika dahulu, iaitu The Cave of The Golden Rose. Ia adalah kisah yang agak menarik- seorang puteri yang menyamar sebagai seorang lelaki, dikenali sebagai Fantaghiro, berusaha untuk mencari penawar yang dapat menukarkan suaminya kepada manusia semula selepas termasuk ke dalam sungai yang telah disumpah.

Dalam perjalanannya, dia bertemu dengan seekor kuda yang boleh berkata-kata, sebiji batu yang dapat kembali semula setelah dibaling dan seorang budak perempuan yang bijak. Melalui pengembaraannya, dia telah bertemu dengan musuhnya, iaitu Tarabas. Tarabas pula sedang berusaha untuk menghilangkan sumpahan pada dirinya. Tanpa disedari, rupa-rupanya hatinya terpaut kepada Fantaghiro.

Ops, dah macam promosi pula. Heh! Untuk peminat Tarabas khususnya, inilah dia gambar Tarabas. Calon untuk Jundak?

Psst, klik pada gambar untuk lihat saiz yang lebih besar. Yeay!

----------------------------------------------------------------------------------------

Buku ke-7 bukan konklusi?

Yeah, betul. Buku ke-7 bukanlah buku terakhir untuk siri Saga Artakusiad. Menurut Abang Pat sendiri, buku ke-7 lebih menceritakan nasib yang bakal diterima oleh bangsa Aurora. Masih banyak lagi perkara yang akan dibincangkan, iaitu ianya akan diceritakan pada buku-buku yang seterusnya. Saya berkesempatan untuk membaca sebahagian bab di dalam buku-8, terus terang saya katakan, ianya merupakan karya yang cukup hebat. Menyentuh perasaan!

"Abang Pat rasa, inilah karya yang paling baik pernah Abang Pat buat. Waktu menulis tu, idea mencurah-curah turun dari langit." - Abang Pat.

Wah, tak sabar sungguh kita dibuatnya!

----------------------------------------------------------------------------------------

Sticker Artakus Aurora

Ok, ini dia gambar sticker Artakus Aurora yang pernah menjadi kontroversi di antara saya dengan Abang Pat.

"Lepas ni, kita kena patenkan nama ni", kata Abang Pat kepada isteri beliau apabila terlihat sticker ini. Hehehe. Takpe Abang Pat, ini adalah salah satu promosi untuk Saga Artakusiad. ;)

Mungkin ada yang merasakan ianya tidak secantik yang difikirkan, tapi inilah yang telah saya hasilkan untuk ditampal di kereta saya. Nampak simple, tapi elegan. Ahaks! Ada cadangan untuk hasilkan sticker yang lebih menarik?

----------------------------------------------------------------------------------------

Dear Aurorans,

IMPORTANT ANNOUNCEMENT!

YOU CAN STILL BUY THESE BOOKS!
Book 2 of Saga Artakusiad, Kota Arialun.
Book 3 of Saga Artakusiad, Kembar Artakus. (SOLD OUT)
Book 4 of Saga Artakusiad, Petua Azkram. (SOLD OUT)

THEY ARE STILL AVAILABLE AND CAN BE BOUGHT ONLINE AT www.dawama.com under subtitle kesusasteraan subheading novel. IF YOU BUY THEM ONLINE, THE BOOKS WILL BE SENT BY MAIL DIRECT TO YOUR DOORSTEP. FURTHERMORE, YOU WILL BE GIVEN A 20 PERCENT DISCOUNT ON EVERY BOOK BOUGHT ONLINE (that's RM 4.80 only).

Hurry, get your copies!

----------------------------------------------------------------------------------------

>>> archives

 

   



Arkus
!

"Ini adalah hadiah dari Arasis. Namanya Arkus. Pedang ini akan menerangi jalanmu di medan perang dan di waktu kegelapan..."
- Permata Aurorius, 47.

[+] Read here: Kronologi pembentukan laman web artakus.net (compiled by elaira).

[+] Kata pengantar daripada webmaster(s) artakus.net.

[+] Ada apa dengan Saga Artakusiad? Buat mereka yang ingin mengetahui tentang siri fantasi ini, anda boleh dapatkan secebis info tentangnya dengan membaca sinopsis siri ini secara umum (x).

[+] artakus.net dibawakan khas kepada anda, daripada peminat untuk semua peminat Artakus. Keep the spirit of Artakus alive! 'all for one, one for all'.

[+] Thanks to miecreation for providing space for artakus.net!

[+] Jangan lupa untuk sama-sama berpesta di 'Olai Tannon' @ guestbook. Sama-samalah kita memeriahkan dunia Aurora.

>> archives

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

   

------------------------------------
Powered by:
tumpi.com
------------------------------------

 
 
© Saga Artakusiad™. 2003
Hak cipta terpelihara. Sebarang ciplakan adalah dilarang.