+ news | books + order | aurora | him + words  | club | misc | about | forum | olai tannon
 




About Legenda Numerius

My dear Aurorans,
I did not want to write in as I haven't finished my thank you speech yet, but there are some matters that require urgent attention.

First, my apologies to those who have ordered their books through mail as we have not posted them to yet. This is because we need some time to sort through our lists and also to pack the books properly to ensure that they don't get spoiled during handling and transportation. We hope to resolve this matter soon, hopefully by Friday. Once we have posted the books, we will publish the details here on artakusdotnet for your confirmation. We want everybody to get their books safely and in mint condition, so please forgive us for the delay.

For those of you who want to buy the book direct from the stores, here are the list of places where you can get them (but please be advised that the price is RM 25)

1. Kinokuniya, KLCC, Kuala Lumpur
2. Farmasi Jaya Iss, Kg Baru, Kuala Lumpur (20 copies will be on sale from the 9th of August 2004)

Ahmad Patria, 2004-08-03.

>> Please refer to 'order' section to buy the book.

----------------------------------------------------------------------------------------

Plus: INFO

CITIGROUP KUALA LUMPUR INTERNATIONAL LITERARY FESTIVAL
29 Julai – 1 Ogos 2004 (Khamis – Ahad)

>> 31 Julai 2004 (Sabtu)

PETANG: 5.00 pm – 6.30 pm
Ruang Legar KLCC
SESI PELANCARAN BUKU

Naratif Ogonshoto (Versi Bahasa Inggeris)
oleh Anwar Ridhwan
Legenda Numerius: Novel Saga Artakusiad
oleh Ahmad Patria Abdullah

5.00 petang : Pengenalan Unit Multimedia dan Karyanet
Pengenalan Buku yang dilancarkan
5.30 petang : Persembahan Montaj
5.40 petang : Pelancaran Buku Naratif Ogonshoto (Anwar Ridhwan) &
Legenda Numerius: Novel Artakusiad (Ahmad Patria Abdullah) oleh Sasterawan Negara A. Samad Said
5.50 petang : Persembahan Bacaan Fragmen Novel dan Pantomin
6.30 petang : Penutup

Lain-lain : Pameran Mini KaryaNet & Unit Multimedia
serta pengagihan flyers dan poster

Pelancaran Legenda Numerius

Akhirnya, buku ke-7: Legenda Numerius akan menemui anda tidak lama lagi. Untuk makluman, majlis pelancaran buku Legenda Numerius akan diadakah seperti berikut:

Tarikh: 31 Julai, 2004
Masa: 5 hingga 6.30 pm
Tempat: Ruang Legar, KLCC

Hebahkan kepada semua peminat Saga Artakusiad dan mereka yang ingin mengetahui dunia Aurora ini. Sama-sama kita memeriahkan majlis pelancaran itu nanti. (Nantikan juga satu kejutan daripada Abang Pat, khusus untuk peminat semua.)

"Akhirnya, penantian ini menjadi sesuatu yang amat bermakna. Terima kasih buat Abang Pat, yang masih sudi merealisasikan satu fantasi..."

----------------------------------------------------------------------------------------

Antiga Prima + Poll

Tiga siri Antiga Prima karya Orzailly the Zukkiri telah pun ditambah. Jangan lupa untuk menbacanya di bahagian Misc. Oh ya, di bahagian kanan menu ini, ada terdapat mini poll untuk anda mengundi siri Saga Artakusiad yang menjadi pilihan anda. Mini poll ini akan diletakkan dalam masa yang tertentu sahaja. Kemudian, poll ini akan ditukarkan dengan soalan-soalan yang lain. Jangan terlepas untuk membuat undian anda!

Semangat Artakus

Semangat Artakus sudah mula dirasai kembali. Demi semangat ini, maka artakus.net terus dikemaskini dengan perubahan dan pertambahan beberapa bahagian lagi, iaitu di Misc. Di sini, kami letakkan karya saudara Rosh yang bertanggungjawab untuk menghasilkan lakaran-lakaran Saga Artakusiad. Terdapat dua wallpaper yang boleh anda download ke PC anda. Di samping itu, kami turut menghimpunkan karya 'crossroads' Aurora, puisi dan lirik dari auroran seperti Antiga Prima dan Laira. Ingin tahu siapa penulisnya? Jenguklah ke bahagian Misc. Semoga himpunan terbaru dari artakus.net ini dapat memberikan senyuman kepada peminat-peminat Saga Artakusiad.

Kepada yang ingin membaca wawancara Ahmad Patria di Berita Harian, anda boleh dapatkannya di bahagian ini juga.

Pihak webmaster amat mengalu-alukan karya daripada auroran untuk diletakkan ke dalam ruangan ini. Jangan rasa malu dan segan, belum cuba belum tahu. Kehebatan anda tidak akan teruji selagi anda tidak memberikan peluang untuk dibaca orang lain.

Tahukah anda, siri Saga Artakusiad yang pertama - Permata Aurorius dicampakkan ke dalam tong sampah sebaik sahaja ianya siap kerana penulisnya merasakan karya tersebut tidak bagus? Berikan peluang kepada diri anda untuk merealisasi satu fantasi.

Bagaimana pula dengan layout terbaru bahagian News ini?

[+]

Vote!

Undilah siri Saga Artakusiad sebagai pilihan 100 buku paling popular di Malaysia di laman web ini.

----------------------------------------------------------------------------------------

Persada Kata

Pertama kali di sini?
Ya, saya tahu anda terkejut dan terharu.
Pasti anda tidak percaya akan kewujudan laman web ini.
Siapa sangka, siapa menduga: Artakus masih hidup rupanya.
Artakus yang disangka sudah lupus dari ingatan kini kembali rupanya.

Dia masih gagah dan kental. Semangatnya menerawang melalui masa dan usia. Merentasi sempadan ruang dan kini bertapak di alam maya. Salam dari artakus.net.

Ah, bagaimana pula kesudahan Artakus?
Mampukah dia mengalahkan bala tentera Morrok?
Adakah teman yang setia membela dirinya nanti?
Sanggupkah Laira menanti, atau berlalu pergi?
Persoalan demi persoalan silih berganti,
Namun, tiada pula jawapan yang pasti.

Kerana kepastian itu,
belum tentu sesuatu yang indah.

Nantikan, kemunculan siri ketujuh Saga Artakusiad: Legenda Numerius tidak lama lagi.

[+]

Updates

New section added: order (Sila masuk ke bahagian ini untuk mendapatkan tempahan buku-buku Saga Artakusiad, Bunga Arianur dan Legenda Numerius). Terima kasih kepada Kak Nisah yang banyak membantu artakus.net. :)

Sinopsis terkini:

Petua Azkram
Puteri Alindalia
Pedang Aurora

Untuk membacanya, anda boleh ke bahagian books. Oh ya, cover untuk setiap buku juga telah diletakkan. Mungkin ada yang ketinggalan untuk melihatnya sebelum ini. Sinopsis yang diletakkan ini adalah sumbangan dari mr. x (silence). Jika terdapat sebarang kesilapan, anda boleh memaklumkan kepada pihak webmaster. Terima kasih.

Launching?

Maklumat berkenaan pelancaran buku Legenda Numerius masih lagi belum ditetapkan. Sebarang berita terkini akan diberitahu melalui artakus.net dan juga rangkaian emel Kelab Aurora. Walau bagaimanapun, promosi berkenaan buku ketujuh akan diteruskan sehingga Legenda Numerius diterbitkan. Bantulah artakus.net untuk mempromosikan karya terkini Ahmad Patria Abdullah: di radio, televisyen, media massa dan sebagainya!

Jika tiada sebarang masalah, kami akan mengeluarkan barangan artakus.net seperti t-shirt, sticker, poster dan sebagainya. Ada sesiapa yang sudi memberi sumbangan?

[-]

Sama-samalah memeriahkan 'Olai Tannon': banyak perkara yang tidak anda duga apabila bersama-sama auroran yang lain.

   



Arkus!


"Ini adalah hadiah dari Arasis. Namanya Arkus. Pedang ini akan menerangi jalanmu di medan perang dan di waktu kegelapan..."
- Permata Aurorius, 47.

[+] Read here: Kronologi pembentukan laman web artakus.net (compiled by elaira).

[+] Kata pengantar daripada webmaster(s) artakus.net.

[+] Ada apa dengan Saga Artakusiad? Buat mereka yang ingin mengetahui tentang siri fantasi ini, anda boleh dapatkan secebis info tentangnya dengan membaca sinopsis siri ini secara umum (x).

>> archives:
end-03,
ogos, julai

   
 
 

------------------------------------
Powered by:
auroran.net
------------------------------------

 
 
© Saga Artakusiad™. 2003
Hak cipta terpelihara. Sebarang ciplakan adalah dilarang.