+ news | books | aurora | him | club | misc | about | olai tannon
 



17-07-03:
Siri Artakusiad

"Kepada semua peminat-peminat Saga Artakusiad yang dikasihi,

Untuk pengetahuan saudara dan saudari, novel-novel awal Saga Artakusiad (buku 1 hingga 6) sudah tiada lagi dalam pasaran (out of print) dan kerana itu amat sukar didapati (hampir mustahil). Walau bagaimanapun, pihak kami sedang berusaha mencari penerbit yang sanggup menerbitkannya semula. Jika saudara dan saudari benar-benar mahu memilikinya, silalah mendaftar selaku ahli Kelab Aurora secepat mungkin, lebih ramai lebih baik, kerana ini akan menjadi bukti yang kuat terhadap langganan serta permintaan yang sudah sedia ada terhadap novel-novel tersebut dan menjadi bantuan yang sangat besar kepada usaha-usaha kami untuk menerbitkannya semula."

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Novel ke-7

Setelah beberapa perbincangan dengan Abang Pat, buku ke-7 berkemungkinan besar tidak dapat dipasarkan. Tetapi, ianya akan dijual melalui Kelab Aurora. Antara perkara yang menjadi isu adalah permintaan daripada pembaca, yang masih menjadi keraguan. Seramai mana yang masih berminat untuk membelinya, sedangkan kos untuk penerbitan sebuah buku adalah mahal. Lebih-lebih lagi untuk menghasilkan sebuah buku yang mengikut citarasa kita sendiri, iaitu tidak terikat dengan sebarang had dengan sesebuah syarikat penerbitan. Oleh yang demikian, buku yang ke-7 akan dikeluarkan oleh Abang Pat sendiri mengikut pesanan. Oleh itu, tiada tekanan yang akan dihadapi oleh semua pihak, lebih-lebih lagi perkara yang melibatkan kos. Apa yang menariknya, buku yang ketujuh akan dicetak dan dihasilkan secara 'hand crafted' daripada Abang Pat sendiri. Setiap buku yang dikeluarkan akan mempunyai nombor siri mengikut pesanan pada setiap muka surat. Oleh itu, sebarang ciplakan atau salinan semula boleh dikesan.

Apa pandangan anda? Tentu menarik bukan? Kita dapat membaca karya fantasi ini sambil merasai hasil yang telah dibuat dari tangan pengarangnya sendiri. Semoga Abang Pat terus bersemangat memberi kesinambungan untuk buku ke-7 ini. Kami akan sentiasa memberi sokongan.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Forum artakus.net

Apa pandangan anda mengenai watak-watak di dalam siri artakusiad? Yang manakah satu menjadi pilihan anda? Artakus, Laira, Jundak, Azkram, Merkia? Tahukah anda, watak Jundak dan Azkram sebenarnya mahu diselesaikan dengan cepat kerana pengarang merasakan watak itu tiada kepentingan, sehinggalah ada yang menyatakan pandangan mengenai watak-watak tersebut. Bagaimana pula dengan anda?

Berikan pandangan dan komen anda di forum artakus.net. Untuk bersama-sama memberi pandangan dan komen, anda dikehendaki mendaftar di forum tersebut. Berikan komentar anda pada tajuk-tajuk yang telah disediakan. Selamat bergembira!

Terima kasih tidak terhingga buat miecreation yang sudi membantu untuk menghasilkan forum artakus. Moga sinar Aurora memberi dimensi baru buat mie. :)

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Karektor siri artakusiad

Jika terdapat sebarang kesilapan di dalam penerangan pada karektor, makhluk, etc. di bahagian Aurora, anda boleh memberi maklumbalas kepada kami. Ini adalah kerana, setiap deskripsi yang tercatat di dalamnya adalah amat penting kepada Abang Pat sendiri. Apa yang dipaparkan di situ telah dijadikan sumber rujukan yang pantas kepada beliau untuk penghasilan buku yang ketujuh. Ya, lebih 10 tahun karya itu ditinggalkan. Seandainya terdapat kesilapan di dalamnya, maka kesilapan itu akan dilahirkan di buku ketujuh. Jika anda berjaya mengumpulkan maklumat mengenai bahagian Aurora, hantarkan kepada kami.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Terima kasih kepada semua yang memberikan sokongan padu kepada artakus.net.

   
 
 
© Saga Artakusiad™. 2003
Hak cipta terpelihara. Sebarang ciplakan adalah dilarang.